PENGENALAN
RoadTech Publication merupakan syarikat penerbitan majalah yang ditubuhkan pada 1 November 2017 dan telahpun beroperasi pada 12 Disember 2016. Kini RoadTech Publication telah menjadi salah sebuah syarikat penerbitan majalah terkenal di Malaysia. Syarikat ini bertempat di 17, Jalan Sultan Yahya Petra, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. RoadTech Publication Syarikat RoadTech Publication menyediakan majalah bertemakan teknologi yang memberikan pengetahuan kepada pembaca yang berumur 15 tahun ke atas berkaitan teknologi semasa. Objektif syarikat penerbitan majalah ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang celik IT dan berfikiran terbuka yang dipupuk dari generasi muda lagi dan seterusnya menjadikan negara Malaysia yang mampu berdaya saing dengan negara maju. Syarikat RoadTech Publication menyediakan enam subtopik yang menarik setiap edisi yang dikeluarkan. Antara subtopik yang dibincangkan di dalam majalah edisi terkini adalah Teknologi Tertiris, Perintis Teknologi, Bongkar, Disebalik Kemajuan, Teknologi 101, dan Bersediakah Anda.
OBJEKTIF
3 OBJEKTIF UTAMA
telah menjadi teras kewujudan
E-Majalah Roadtech Publication ini. Antaranya:-
1. Membekalkan kandungan majalah yang berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.
2. Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku dalam isu semasa
agar mutu penerbitan majalah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Visi & Misi
MISI
1. Menawarkan produk serta perkhidmatan seiring dengan pembangunan teknologi dan
industri yang terkini.
2. Menerbitkan bahan media cetak dan media elektronik serta khidmat latihan yang
tulus, holistik, ilmiah, profesional, dan praktikal.
3. Menjadi penerbit ilmiah yang mapan dan cemerlang yang memacu aspirasi negara
dalam usaha memaju, menyebar dan melestarikan ilmu.
VISI
Menjadi penerbit ilmiah kelas dunia yang menerbitkan produk bertaraf antarabangsa dan
menyokong kelestarian sejagat dengan menyebar dan memasarkan penerbitannya secara
global.
​
Pemilihan Warna
Warna yang digunakan untuk Logo Infini-T secara keseluruhan adalah gabungan Biru dan Hijau. Biru dan Hijau adalah warna gelombang pendek. Biru melambangkan keselamatan, kepercayaan dan kejujuran. Manakala, Hijau melambangkan teknologi yang berteraskan mesra alam dan mesra pengguna.
​
Bentuk
Bentuk logo yang digunakan oleh Infini-T adalah bulat. Bulat melambangkan kesempurnaan, keharmonian dan kesatuan. Bentuk Bulat juga sering kali dikaitkan dengan kemuafakatan. Seperti pepatah lama Melayu, bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.
​
Objek
Terdapat beberapa objek yang digunakan di dalam logo Infini-T. Antaranya, huruf INFINI-T dimana ianya merupakan gabungan antara INFINITI dan TEKNOLOGI. INFINITI membawa maksud "tidak ada kesudahan" dan TEKNOLOGI menggambarkan tema majalah itu sendiri. Gabungan INFINITI dan TEKNOLOGI menghasilkan INFINI-T yang bermaksud Teknologi yang tiada kesudahan. Hal ini disebabkan teknologi merupakan peranti atau alat yang akan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa. Simbol INFINITI itu melambangkan Roadtech Publication akan mengeluarkan lebih banyak majalah yang berunsurkan tekologi seiring dengan peredaran masa.